DUA 6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
AMALAN GOTONG-ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN –
MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM
TENAGA PENGAJAR:-
è USTAZAH
RAZANA BINTI MOHD KASIM
NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR PENDAFTARAN:-
è NUR
SAHIRA BINTI ZAINAL ABIDIN 02ETM14F2015
è NURUL
A’QILAH BINTI MOHD KHAIRLANI 02ETM14F2024
è NURUL
ASSUHAILA BINTI MOHD ARIFFIN 02ETM14F2020
è KANIMOLI
A/P GUNASEGARAN 02ETM14F2013
è NURKHAIRINA
AMILA BINTI JASMI 02DTM14F2070
è NORSYUHADAH
BINTI ZAMRY 02DTM14F2024
è AINA
SHAFIQAH BINTI MOHD HATTA 02DTM14F2025
مَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ
اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ ”
”Barangsiapa menolong saudaranya,
maka Allah akan selalu menolongnya”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Selain melakukan kerjasama dan gotong
royong pada hal-hal yang diperbolehkan dalam Islam atas sesama muslim, maka
Islam juga memperbolehkan pemeluknya untuk bekerjasama atau tolong menolong
dalam perkara ma’ruf. Yakni, perkara-perkara tersebut tidak mencederai akidah
seorang muslim dan tidak menjatuhkan ia kedalam kendali kemaksiatan. Sehingga
gotong-royong dan tolong-menolong terhadap kaum non-muslim juga memiliki
batasan tersendiri. Tidak bermudah-mudahan melakukan aktifitas tanpa di dasari
oleh ilmu sebelumnya. Dan jadikanlah hal tersebut merupakan ladang dakwah
tersendiri bagi orang beriman. Hal ini Allah tegaskan dalam firmannya,
“Dan jika seorang diantara orang-orang
musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, Maka lindungilah ia supaya ia
sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman
baginya. demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (QS. At
Taubah : 6)
Kerana Islam sangat menghormati dan
menjunjung tinggi nilai-nilai keadilan. Sehingga dalam hal gotong-royong dimana
hal tersebut membutuhkan adanya pemeran-pemeran dari agama berbeda, tetap
sebagai seorang muslim kita harus berlaku adil terhadap mereka yang non-muslim.
Sebagaimana firman Allah Ta’ala,
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah
kamu Jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi
saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,
mendorong kamu untuk Berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih
dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Maaidah : 8).”
PENGENALAN
Pada
masa kini, isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti gotong-royong kerap juga
diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan kepada
masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong mewujudkan dan mengeratkan
hubungan silaturrahim dikalangan kaum.bak kata pepatah “berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” itulah kata-kata yang
boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum di Malaysia.
Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secra
bekerjasama dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan
secara sukarela.
OBJEKTIF KAJIAN
1.
Memberi kesedaran tentang kepentingan
gotong-royong di antara kaum
2.
Mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong
semakin pudar pada masa kini
3.
Menerapkan semangat gotong-royong di antara
kaum untuk mengeratkan silaturrahim
DIFINISI GOTONG-ROYONG
Mengikut
Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama.
Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampong-kampung dan kurang
dilakukan dibandar pada masa kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong
ini perlu dihidupkan kembali dalam masyrakat di Negara ini untuk mengeratkan
perpaduan di antara kaum.
Manakala,
perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik,
agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan
memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa
yang dibawa oleh individu. Manakala, Integriti Nasional adalah satu proses
dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya
diantara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk
membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identittinya sendiri berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
KEPENTINGAN
GOTONG-ROYONG
Perpaduan
antara masyarakat harus kukuh untuk Negara pergi lebih jauh dalam lapangan
dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang
kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman
antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk
masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama
membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa
kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada
nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat.
Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesame individu dalam masyarakat akan
membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi
ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu
menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seprti penagih dadah dan
kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli
masyarakat.
Bak
kata pepatah melayu, “berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing”. Demikian
juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu
kerja yang besar buatannya dan juga balanjanya akan menjadi enteng dan kecil
kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Contohnya,
jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama
membersihkan dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain
membersihkan atau terpaksa menangung belanja berubat sakit akibat kesan jangka
panjang daripada longgokkan sampah yang tiidak sempurna diuruskan itu. Tidak
kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan
gotong-royong kepada masyarakat seluruhkan cukup bermakna untuk pembangunan
material masyarakat mahupun pembangunan insan.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Situasi
seperti ini adalah amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas
tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak dibangku
sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini
akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus
dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan
mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha
melasanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai
rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam
aktiviti-aktiviti sekolah seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong
dan Hari Anugerah Cemerlang.
Para
pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat
melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan
sosialnya. Selain itu, menyelidik potensi diri secara yang lebih menyakinkan.
Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien
dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum dan kempen
kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif
menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai.
Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu
rancangan mereka.
KEBAIKAN AMALAN
GOTONG-ROYONG
Kebaikan
mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ialah amalan mewujudkan
semangat positif antara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan
sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan
satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu
diselesaikan dengan begitu baik kerana semua pihak meghulurkan bantuan. Keadaan
itu menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam
masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu
suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan
urbanisasi.
Aktiviti
gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum amat penting dikalangan
rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi
menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan
terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan
wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat Negara kita akan terus aman dan maju.
Bergotong-royong
juga boleh memperindahkan lagi tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi
bersih. Dengan amalan kemasyarakatan itu, tempat tinggal kita tidak akan
menjadi sekadar “indah khabar dari rupa”. Amalan gotong-royong juga dapat
membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti
Aedes.
Kegiatan
ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana “meluntur
buluh biarlah dari rebungnya”. Dengan
menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat
banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita
juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan
tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi
kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh diperaktikan untuk mengekalkan
kesihatan dan keadaan yang selesa dikawasan tempat tinggal.
Dalam
agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah
salah satu lambang seseorang itu muslim. “Kebersihan itu sebahagian daripada
iman” sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar
ataupun tidak ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W. berkaitan dengan
kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti
gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.
MANFAAT GOTONG-ROYONG
Dengan
bergotong-royong, semua tugas berat akan menjadi lebih ringan. Kita hidup di
dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat Malaysia, kita hidup bersama
orang lain sebagai satu bangsa. Sebagai sesama. Bangsa kita punya tujuan yang
sama iaitu memajukan bangsa ini. Untuk meraih tujuan tersebut maka kita.
Contoh kegiatan yang dapat dilakukan secara
bergotong royong antara lain pembangunan fasiliti umum dan membersihkan
lingkungan sekitar. Dengan bergotong-royong, banyak hal yang telah dilakukan
bangsa kita di masa lalu, mulai dari mendirikan rumah, mengerjakan sawah,
membantu tetangga yang sedang berduka hingga saling bahu membahu berjuang dan
memproklamasikan kemerdekaan Negara.
SEBAB-SEBAB ADANYA
GOTONG ROYONG
SEMANGAT GOTONG-ROYONG DIDORONG OLEH:
·
Bahwa manusia
tidak hidup sendiri melainkan hidup bersama dengan orang lain atau lingkungan
sosial.
·
Pada dasarnya
manusia itu tergantung pada manusia lainnya.
·
Manusia perlu
menjaga hubungan baik dengan sesamanya
·
Manusia perlu
menyesuaikan dirinya dengan anggota masyarakat yang lain.
Contoh Kegiatan Gotong-Royong
USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI
GOTONG-ROYONG
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha
berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak.
Sekiranya terlerai ikatan silaturrahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya paling pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan
Negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan
membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat
sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang
kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali
antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat
bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat
kediaman mereka sesuai denga slogan “ Negara Bersih Rakyat Sihat “. Sebagai
contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja
membersihakan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan
sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta
memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa “ yang berat sama
dipikul yang ringgan sama dijinjing” serta “ ke bukit sama di daki ke lurah
sama dituruni”.
SEMANGAT
GOTONG-ROYONG
Mayarakat pada hari ini bersikap materialistik
sehingga amalan hidup bermasyarakat seperti bergotong-royong terpinngir.
Bincangkan halangan-halangan amalan bergotong-royong dan langkah-langkah untuk
menarik minat masyarakat untuk bergotong-royong.
Pada era globalisasi ini, masyarakat terdorong
untuk mengutamakan kekayaan dan kekuasaan dalam mengejar arus kemodenan perdana
kerana taraf hidup yang semakin meningkat. Masyarakat sanggup bekerja keras
siang dan malam untuk mengumpul kekayaan sehingga terabai niali-nilai murni
yang pernah menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika dahulu. Perkara ini
tidak boleh dipandang enteng kerana masalah ini boleh menjejaskan perpaduan dan
keharmonian Negara. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk
menyemarakkan kembali aktiviti bergotong-royong. Malangnya, usaha tersebut
tidak mendapat sambutan daripada masyarakat sendiri. Jika ditinjau dengan
mendalam, masyarakat menghadapi beberapa halangan untuk menghadiri
aktiviti-aktiviti bermasyarakat khususnya amalan bergotong-royong.
Anatara halangan yang dihadapi oleh masyarakat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti bergotong-royong ialah kehidupan
masyarakat yang sibuk berkerjaya. Masyarakat pada hari ini lebih moden
berbanding dahulu seiring dengan peredaran zaman. Masyarakat yang tinggal di
kota metropolitan seperti Kuala Lumpur khususnya berfikiran lebih terbuka dan
bersifat materialistik. Masyarakat menilai dari segi penampilan liaran dan
mengamalkan sikap “bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.
Seseorang itu dinilai dari segi jenama pakaian, jenis kereta, jenis rumah,
jawatan dalam pekerjaan dan tahap pengaruh dalam bidang masing-masing.
Sehubungan dengan itu, masyarakat berlumba-lumba
membanting tulang mengumpul kekuasaan untuk mengukuhkan kedudukan
masing-masing. Akibat daripada budaya pemikiran tersebut, kebanyakan masyarakat
yang tinggal di kota raya mempunyai karier yang sibuk kerana rata-rata menjawat
pekerjaan yang professional seperti ahli perniagaan, peguam dan akauntan.
Selain itu, bukan kaum lelaki sahaja yang keluar mencari nafkah bahkan kaum
wanita turut ikut serta. Taraf kaum wanita dikatakan “berdiri sama tinggi duduk
sama rendah” dengan kaum lelaki dalam alam kerjaya. Ini dapat dibuktikan apabila
kaum wanita diberi kepercayaan untuk menjawat pangkat yang tinggi dalam
sesebuah firma besar. Lantaran itu, rutin harian banyak dihabiskan di tempat
kerja berbanding di rumah. Kesan daripda itu, walaupun kegiatan
bergotong-royong ini. Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa kesibukan dalam
kerjaya menjadi penghalang kepada amalan bergotong-royong.
Institusi rukun tetangga yang tidak berfungsi
juga merupakan salah satu daripada halangan kepada amalan bergotong-royong.
Isntitusi rukun tetangga ditubuhkan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan
kawasan kediaman akan tetapi kemudahan ini tidak digunakan sebaiknya.
Pada suatu ketika dahulu, institusi rukun
tetangga bergerak secara aktif yang diketuai oleh penghulu kampong. Organisasi
ini juga melibatkan golongan pemuda-pemudi, selain daripada golongan yang lebih
tua. Secara tidak langsung, golongan muda dapat bekerjasama dan mengeratkan
silaturrahim dengan golongan tua seperti yang diuar-uarkan dalam kempen di
televisyen iaitu “yang tua dihormati yang muda disayangi”. Pada setiap malam,
penghulu akan mengadakan mesyuarat di balai raya untuk membincangkan
keselamatan dan akitiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan. Melalui itu, amalan
seperti bergotong-royong dapat dijalankan dan masyarakat juga berpeluang untuk
bergaul mesra. Apabila zaman telah berubah, kehidupan masyarakat juga mengalami
anjakan paradigm. Kini, organisasi ini hamper tidak bergerak lagi kerana tiada
pelapis untuk mengendalikannya. Orang muda sibuk berkerjaya sehingga ke luar
Negara kerana tawaran pendapatan yang lumayan. Ini memberi gambaran awal kepada
kita bahawa golongan muda lebih memandang ganjaran untuk melakukan sesuatu.
Oleh itu, mereka tidak berminat mengendalikan institusi rukun tetangga yang
tidak memberi pulangan hasil. Sebagai hasilnya, kerutuhan institusi rukun
tetangga memberi pengaruh yang besar kepada amalan bergotong-royong.
Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikan
yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan bergotong-royong. Menyedari hal
ini, kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan
masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa
inisiatif untuk menarik perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan
bergotong-royong. Antaranya ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. Kempen
ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-royong
serta sebagai rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. Untuk
memastikan kempen ini benar-benar Berjaya, peranan media massa dan media cetak
sangat penting. Media elektronik boleh menghebahkan kempen ini di dalam
televisyen, radio dan surat khabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat
tersebut secara meluas. Walaupun kempen seperti “cintailah sungai kita” dan
“jom ganyang aedes” merupakan aspek kesihatan dan alam sekitar tetapi kempen
ini secara tidak langsung m daenuntut masyarakat untuk bergotong-royong.
Contohnya, kempen “jom ganyang aedes” memerlukan masyarakat untuk
bergotong-royong membersihkan kawasan tempat pembiakan aedes iaitu di longkang
atau daun-daun kering di sekitar kawasan rumah. Kempen-kempen tersebut dilihat
berkesan kerana masyarakat mula berjinak-jinak dengan amalan tersebut di
samping untuk menjaga kebersihan. Kejayaan kempen ini terhasil di atas
kerjasama media elektronik dan juga kerajaan seperti bak kata pepatah “yang
berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing” yang akhirnya membuahkan hasil.
Bak kata pepatah “meluntur buluh biar dari
rebungnya”. Oleh itu, untuk memastikan masyarakat pada generasi akan dating
agar tidak ketandusan nilai ini, langkag seperti penerapan dalam pendidikan di
sekolah wajar dilaksanakan untuk menyemai amalan ini dari peringkat awal lagi.
Dalam pendidikan, amalan ini dapat ditanam melalui mata pelajaran seperti
pendidikan moral dan sivik kewargenegaraan. Melalui mata pelajaran tersebut,
pelajar didedahkan dengan kepentingan nilai-nilai murni dan mengaplikasiakan
nilai tersebut dalam kehidupan. Guru memberi pendedahan dan penerangan tentang
nilai-nilai murni tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan
para pelajar dengan amalan nilai-nilai murni. Selain itu, sekolah juga memain
peranan penting untuk menggalakkan pelajar supaya bergotong-royong.
Langkah yang lain untuk menanam nilai ini dalam
diri masyarakat ialah penglibatan dari badan bukan kerajaan (NGO) dengan lebih
giat. Badan NGO boleh turun padang untuk membantu kerajaan menarik minat
masyarakat dalam amalan gotong-royong. Untuk merealisasikan harapan kerajaan
mewujudkan masyarakat bergotong-royong, syarikat swasta boleh mengajurkan
pertandingan kampong tercantik dengan ganjaran lumayan kepada pemenang. Dengan
cara itu, masyarakat lebih tertarik untuk menyertai dan mula bergotong-royong
mencantikkan kawasan perkampungan. Perlibatan badan NGO yang lebih giat dan
aktif dapat menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya amalan tersebut
dalam kehidupan komuniti. Melalui itu, masyarakat diharapkan mendapat mesej
yang dibawa oleh kerajaan untuk mempergiat amalan ini.
Secara tuntasnya, amalan bergotong-royong ini
sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat sehingga kerajaan mengambil
beberapa inisiatif untuk menghidupkan kembali amalan tersebut. Kerajaan boleh
mengguna kaedah yang lain dan lebih kreatif untuk memikat masyarakat. Jika
amalan ini terus terkubur, masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak aman dan
sengsara. Sehugungan dengan itu, masyarakat harus bermula dari sekarang untuk
mengubah diri agar amalan ini dipraktikan sehingga akan dating dan dianggap
amalan yang “tak basah dek hujan, tak lekang dek panas”. Sebagai penutup wacana,
marilah kita belajar amalan yang baik ini dan mengamalkannya dalam kehidupan
seharian. Bak kata pepatah, “yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan”.
SEBAB-SEBAB AMALAN
BERGOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR
Malas
Alasan ini merupakan alasan klasik, namun alas an
inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang
dimiliki oleh hamper semua orang, oleh sebab itu, saat orang merasa malas maka
apapun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperanan aktif, tak berkecuali saat
ada kegiatan gotong-royong.
Kesibukan
Tak sedikit orang yang disibukkan dengan
pekerjaan mereka, sehingga hamper taka da waktu untuk kegiatan-kegiatan yang
bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang rela mengeluarkan wang
untuk membayar orang lain untuk mewakili saat ada gotong-royong.
Kurang Bersosialisasi/Egois
Ego orang yang besar terkadang membuat orang
menjadi kurang bersosialisasi, enggan berbaur dan acuh tak acuh terhadap
kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. Bahkan masih ada alasan-alasan lain yang
muncul, pada era globalisasi sekarang yang membuat orang terkadang berfikir
praktis. Kurangnya kepedulian terhadap lingkungan membuat orang menjadi tidak
mahu atau malas-bermalasan untuk bergotong-royong.
ISU-ISU TERKINI
MENGENAI GOTONG-ROYONG
PENUTUP
Akhir sekali, jika amalan ini diamalkan
dalam masyarakat sudah pasti tahap perpaduan akan meningkat dengan begitu ketara kerana semua
ahli dalam sesebuah masyarakat itu saling kenal mengenali antara mereka. Kekerapan
mereka berjumpa ketika melakukan sesuatu aktiviti menyebabkan mereka saling memahami
akan kerenah masing-masing yang mengukuhkan perpaduan antara mereka dalam
jangka masa panjang. Jelaslah, amalan yang sudah lama diamalkan ini berupaya
untuk menghidupkan semua semangat perpaduan antara kaum di Negara ini yang mula
dilupakan oleh penduduknya.
Kalau tahap perpaduan begitu tinggi
sudah pasti keamanan Negara akan berkekalan kerana semua ahlinya memahami satu
sama lain dengan mendalam. Keamanan Negara yang stabil ini amat penting untuk
memudahkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan tanpa adanya sebarang
gangguan yang menguggat kelancaran projek tersebut. Semua pihak akan menerima
kesan positif daripada keamanan yang wujud ini terutama perkembangan bidang
ekonomi yang pastinya amat memerlukan keamanan yang sejati. Sesungguhnya,
amalan gotong-royong menjadikan Negara ini aman dan membolehkan semua pihak
menikmati kemakmuran ekonominya.
Kesimpulannya, amalan yang murni ini
harus digalakkan terutama dalam kalangan remaja yang semakin hari semakin
melupakannya. Sikap mengutamakan diri dan kebendaan telah mengaburi remaja akan
pentingnya amalan ini dihidupkan semula dengan segera. Konsep individualistik
yang begitu kuat diamalkan di Negara barat dan kini melimpah ke Negara kita
harus dikaji dengan teliti supaya konsep ini tidak mengikis amalan bergotong-royong
ini. Hidup dalam masyarakat lebih bermakna daripada hidup bersendirian.
Selain itu, aktiviti gotong-royong kepada masyarakat dan Negara. Hal ini
bersesuaian dengan peribahasa melayi “muafakat membawa berkat”. Pada pendapat
kami, pihak kerajaan juga boleh memupuk amalan gotong-royong melalui kempen
yang diadakan di televisyen dan suratkhabar secara berterusan. Aktiviti
gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah
memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam
kehidupan seharian.
RUJUKAN
Blackjack - Casino Wylde - Mapyro
ReplyDeleteCasino Wylde. Overview. Blackjack is one of the more 논산 출장마사지 popular table 창원 출장샵 games 양산 출장마사지 in the casino industry, and it's got a very 경산 출장안마 special place in our city. 하남 출장마사지